Proses persetujuan Adsense

Nukilan ~ CariNur on Thursday 15 October 2015

Proses persetujuan Adsense. Ramai orang menganggap permohonan untuk menjadi Adsense Publisher adalah sukar kerana ramai yang tidak berjaya dalam proses permohonan. Saya juga baru mencuba dan sudah mendapat kelulusan dari team Adsense.Dalam artikel ini saya cuba jelaskan tentang proses persetujuan Adsense.


Proses penerimaan sebagai publisher oleh Google Adsense terdiri dari dua tahap, jika digambarkan:
Mendaftar ke Adsense > Akaun diverifikasi dan lulus tahap pertama > Menerapkan iklan > Akaun direview kembali > Diterima sepenuhnya.
Setelah permohonan anda diterima, maka ia akan diperiksa oleh team Adsense. Mereka akan melakukan pemeriksaan awal terhadap permohonan dan maklumat yang anda berikan dan juga website yang diajukan. Jika semuanya menepati syarat, maka team ini akan memberi maklum balas melalui email, bahawa permohonan anda diterima. Inilah tahap pertama. Dan harus diingat,ini bukanlah persetujuan akhir.
Bagi setiap publisher yang lulus tahap pertama ini, mereka sudah boleh mengakses dashboard Adsense, dan sudah boleh mendapatkan kod iklan untuk dipasang di website, seperti yang diminta oleh mereka. Adalah wajib untuk memasang kod iklan Adsense setelah lulus tahap pertama ini. Ini adalah bertujuan untuk memastikan bahawa anda adalah pemilik sah dari website yang diajukan agar team Adsense dapat review website anda sekali lagi.
Setelah kod iklan dipasangkan di blog anda, maka team Adsense akan mereview kembali blog Anda secara seksama dan melihat apakah blog anda telah memenuhi kriteria dan mengikuti semua syarat mereka. Jika ya, anda akan menerima email pemberitahuan yang menyatakan permohonan anda sebagai publisher Adsense telah berjaya.

Soalan yang sering ditanya :

Apa yang perlu dilakukan setelah lulus tahap pertama?
Sementara menunggu email pengesahan dari team Adsense, anda boleh berblogging seperti biasa. Silalah promosikan blog anda dan sebagainya kerana Google sangat menyukai blog yang sentiasa di update.
Berapa unit iklan yang boleh dipasang saat peninjauan tahap kedua? Dimana posisi penempatan yang tepat?
Jika mengikut peraturan anda boleh memasang sebanyak tiga unit iklan untuk satu halaman.
Tapi di peringkat awal anda tak perlulah memasang dengan jumlah maksimum, cukup pasang satu unit saja. Namun pastikan iklan tersebut akan tampil di setiap halaman yang ada, seperti di posisi header atau di sidebar. Setelah melepasai tahap kedua nanti anda bolehla mengatur kembali layout blog anda.
Okey, jadi itulah serba sedikit info proses penerimaan sebagai publisher Adsense. Semoga berjaya
Salam.

 

Followers

About Me

My photo
I am a simple person,humble.sukar tuk meluahkan apa yg terpendam di hati.so,aku wat blog ni untuk aku meluahkan or bercerita. Aku Seorang Blogger Newbie