Metrojaya Raya Sale

Nukilan ~ CariNur on Wednesday 17 August 2011


Seperti tahun lepas Metrojaya ada buat sale untuk Aidilfitri. Lokasi biasa di PICC. Sebelum ni aku tak pernah pun menjebakkan diri dalam jualan ni. Tapi tahun ni teringin lak nak pegi.Saja sekadar nak mencuci mata.


Walaupun aku tinggal di Putrajaya,tapi ni la first time aku menjejakkan kaki ke PICC ni.Selalu tu tgk dari jauh je.hehheh.Hmm...tadi lepas habis urusan di Ibu Pejabat Bomba,aku ngan Anis melencong sekejap ke PICC ni. Bila dah sampai ke tapak jualan tu...hmm...rasa berpinar lak mata.Ye la...jualan tu mula jam 11 pagi. kami sampai jam 11.30.Tapi ramainyer manusia macam dah berjam-jam jualan tu bermula.


BIla dah suku kawasan aku jelajah...aku terasa rugi sangat sebab terlupa bawa kamera. Kalau tak mesti banyak gambar yang dapat aku rakam. Huhh...apa yang aku nampak macam2 ragam ada. Ada tu dah sampai terlopong bersila kat lantai.mungkin penat kot ikut isteri shopping. Budak2 pun ramai. ada tu yang duduk bersandar kat dinding. Sedangkan mak ayah ntah ke mana.tak pe lah dik...rehat kat situ.jangan jalan jauh2.kang jadi kes kehilangan lak.


Dalam dok perhati ragam2 orang membeli-belah tu,sempat juga aku capai baju anak2,baju suami n sesuatu untuk aku.yang bestnya...jumlah semua hanya RM100.wauu...memang berbaloi-baloi.hahahha.


Kiranya memang ok la.sebab harga asal yang seratus lebih tu leh dapat dalam RM41 je. Conferter yang harga asalnya RM800 lbh...selepas diskaun tinggal RM200 lbh.ok kan...hmm...so,sila lah mengunjungi Metrojaya Raya Sale di PICC yang bermula 17/11/2011 sehingga 21/11/2011.Cepat...sebelum terlambat.heheheheh... 
 

Followers

About Me

My photo
I am a simple person,humble.sukar tuk meluahkan apa yg terpendam di hati.so,aku wat blog ni untuk aku meluahkan or bercerita. Aku Seorang Blogger Newbie