Tadom Hill Resort Banting

Nukilan ~ CariNur on Friday 16 October 2015

Tadom Hill Resort Banting. Sekarang dah jadi viral di laman-laman sosial tentang betapa cantiknya Tadom Hill Resort ni. Masa mula-mula tengok gambar-gambar yang orang ramai share, saya ingatkan di luar negara. Rupanya dekat sangat dengan Putrajaya.


Sejak menjadi buah mulut orang, ramai orang yang ingin lari dari kesibukan ibu kota berkungjung ke sini. Menariknya di Tadom Hill Resorts Banting, Selangor ini adalah kehijauan air tasik yang terbentuk susulan refleksi daripada flora dan fauna yang hidup subur adalah amat menenangkan fikiran anda. Berikut adalah info lokasi dan harga ditawarkan untuk masuk ke Tadom Hill Resorts.


Kalau cari imej Tadom Hill ni Google Search, terdapat banyak gambar-gambar yang menarik yang bagi saya sangat mempesonakan. Jom, kita tengok sikit keindahan Tadom Hill ni atau pun penduduk setempat menyebutnya Bukit Tadom.






Cantikkan. Kita boleh lakukan aktiviti extream, berkhemah dan juga bersantai dengan harga yang sangat berbaloi.


Proses persetujuan Adsense

Nukilan ~ CariNur on Thursday 15 October 2015

Proses persetujuan Adsense. Ramai orang menganggap permohonan untuk menjadi Adsense Publisher adalah sukar kerana ramai yang tidak berjaya dalam proses permohonan. Saya juga baru mencuba dan sudah mendapat kelulusan dari team Adsense.Dalam artikel ini saya cuba jelaskan tentang proses persetujuan Adsense.


Proses penerimaan sebagai publisher oleh Google Adsense terdiri dari dua tahap, jika digambarkan:
Mendaftar ke Adsense > Akaun diverifikasi dan lulus tahap pertama > Menerapkan iklan > Akaun direview kembali > Diterima sepenuhnya.
Setelah permohonan anda diterima, maka ia akan diperiksa oleh team Adsense. Mereka akan melakukan pemeriksaan awal terhadap permohonan dan maklumat yang anda berikan dan juga website yang diajukan. Jika semuanya menepati syarat, maka team ini akan memberi maklum balas melalui email, bahawa permohonan anda diterima. Inilah tahap pertama. Dan harus diingat,ini bukanlah persetujuan akhir.
Bagi setiap publisher yang lulus tahap pertama ini, mereka sudah boleh mengakses dashboard Adsense, dan sudah boleh mendapatkan kod iklan untuk dipasang di website, seperti yang diminta oleh mereka. Adalah wajib untuk memasang kod iklan Adsense setelah lulus tahap pertama ini. Ini adalah bertujuan untuk memastikan bahawa anda adalah pemilik sah dari website yang diajukan agar team Adsense dapat review website anda sekali lagi.
Setelah kod iklan dipasangkan di blog anda, maka team Adsense akan mereview kembali blog Anda secara seksama dan melihat apakah blog anda telah memenuhi kriteria dan mengikuti semua syarat mereka. Jika ya, anda akan menerima email pemberitahuan yang menyatakan permohonan anda sebagai publisher Adsense telah berjaya.

Soalan yang sering ditanya :

Apa yang perlu dilakukan setelah lulus tahap pertama?
Sementara menunggu email pengesahan dari team Adsense, anda boleh berblogging seperti biasa. Silalah promosikan blog anda dan sebagainya kerana Google sangat menyukai blog yang sentiasa di update.
Berapa unit iklan yang boleh dipasang saat peninjauan tahap kedua? Dimana posisi penempatan yang tepat?
Jika mengikut peraturan anda boleh memasang sebanyak tiga unit iklan untuk satu halaman.
Tapi di peringkat awal anda tak perlulah memasang dengan jumlah maksimum, cukup pasang satu unit saja. Namun pastikan iklan tersebut akan tampil di setiap halaman yang ada, seperti di posisi header atau di sidebar. Setelah melepasai tahap kedua nanti anda bolehla mengatur kembali layout blog anda.
Okey, jadi itulah serba sedikit info proses penerimaan sebagai publisher Adsense. Semoga berjaya
Salam.

Jadual Perjalanan Terkini Tren Intercity dan ETS KTM Mulai 10 Oktober

Nukilan ~ CariNur

Jadual terkini tren Intercity dan ETS KTM mulai 10 Oktober 2015. KTM Berhad telah menstrukturkan semula jadual perjalanan tren Intercity JB Sentral-Butterworth, JB Sentral-Hatyai, JB Sentral-Ipoh, dan JB Sentral-Gua Musang berikutan sambutan yang sangat menggalakkan terhadap servis tren Intercity, komuter sektor utara, komuter sektor selatan dan ETS terbaru .

KTM juga telah menstrukturkan semula masa dan waktu perjalanan bagi ETS KTM untuk semua perjalanan ETS Padang Besar-Gemas, ETS Gemas-Butterworth, ETS Gold/Silver Kl Sentral-Ipoh, dan juga ETS Padang Besar-Butterworth.



Jadual Perjalanan Terkini Tren KTM Intercity


Jadual Perjalanan Terkini Tren ETS KTM



Jika anda perasan, ada enam perkhidmatan ETS baru yang diperkenalkan, iaitu:
  1. ETS Gemas-Padang Besar-Gemas (2 perjalanan)
  2. ETS Gemas-Butterworth-Gemas (2 perjalanan)
  3. ETS Butterworth-Padang Besar (2 perjalanan)

Jadual Perjalanan KTM Intercity Arah Utara








Lazada #MYCyberSALE 2015

Nukilan ~ CariNur on Thursday 1 October 2015

Lazada MYCyberSALE kini kembali lagi.Bagi yang biasa membeli secara di atas talian pasti tahu mengenai #MYCyberSALE ini kan.


MyCyberSale 2015 (#MYCYBERSALE) merupakan acara online shopping terbesar di Malaysia. Ratusan laman ecommerce terkemuka Malaysia mengambil peluang turut serta dalam event MYCBERSALE yang berlangsung bermula 28 September – 2 Oktober 2015. Antara nama-nama besar dalam industri ecommerce adalah seperti Lazada, Rakuten, Zalora, Senheng, Groupon, Lelong, Gemfive, 11street dan banyak lagi.

Lazada menawarkan diskaun sehingga 95% kepada pelanggan nya. Kepada sesiapa yang ingin mendapat kan IPhone 6+ boleh la mengambil peluang ni. Kan...Jadi, apa tunggu lagi...jom cepat!!

Tabahnya wanita

Nukilan ~ CariNur on Friday 3 July 2015

Assalamualaikum.
Lama tak meninjau "rumah" aku yang satu ni.Bukan la lupa,tapi masa tak mengizinkan aku kerap menjenguk di sini. Tiba-tiba hari ni terdetik nak mencoretkan sesuatu di sini.

Alhamdulillah...hari ni dah masuk hari ke 16 kita umat Islam berpuasa. Tak lama lagi menjelma la pulak hari raya kan. Kakak dah mula bertanyakan pasal baju raya. Nasib yang adik tu belum faham sangat lagi.kalau tak...jenuh mama.

Eh..melalut pulak..Sebenarnya tadi,masa dok scroll news feed FB tu..tetiba mata ni menyinggah kat satu post. dalam post tu ada 2 keping gambar yang menunjukkan seorang wanita berkepala botak sedang menyusukan anaknya yang baru dilahirkan.Tertarik dengan gambar2 itu lah aku mula membaca coretan kisahnya pulak. Rupanya wanita itu telah disahkan menghidap kanser payu dara tahap 3. Sebelah buah dadanya telah pun di buang.Tapi dia beruntung kerana mempunyai sebelah lagi untuk menyusukan bayinya yang baru lahir itu.



SubhanAllah...besar kuasa Mu Ya Allah. Gambar kedua itu yang membuat kan aku menitiskan air mata. Gambar wanita itu menyusukan bayinya sambil sebelah tangannya menutup matanya.Ya...dia menangis.
Ya...aku faham perasaannya.Aku pernah merasainya. Aku merasainya ketika aku selamat melahirkan bayi2 ku suatu ketika dulu.


Bayangkan lah...betapa kuatnya seorang wanita itu..setelah beberapa jam berperang dengan kesakitan yang hanya Allah saja yang mengetahui,namun setelah selamat melahirkan bayinya...dia masih boleh tersenyum dan menyusukan anaknya. Betapa hebatnya wanita itu,kerana dengan air susunya saja dia dapat mendiamkan tangisan si anak yang masih merah dan berdarah itu. SubhanAllah...Ya Allah,betapa kau memberi kemuliaan pada wanita-wanita di dunia ini.

Semua tu aku dah alami.Alhamdulillah,Allah berikan aku rezeki untuk mengandung,merasai bagaimana teruknya morning sickness,merasai bagaimana beratnya membawa perut yang besar.Jalan terkengkang kengkang.Hahahah...Tapi aku tak pernah menyesal dan serik..Bagi aku,kalau orang tanya apa pengalaman paling manis dalam hidup aku...itulah jawapannya.Pengalaman mengandung dan melahirkan.

Maaf...bagi wanita2 yang belum punya rezeki untuk rasai semua itu,jangan lah bersedih...percayalah...aturan Allah itu sangat cantik.Mungkin dia tak berikan kita Anak, tapi dia berikan kita suami yang cukup penyayang dan memahami.


Kasih..

Nukilan ~ CariNur on Wednesday 18 September 2013

Assalamualaikum...

Terlalu lama aku tidak menjenguk ruang coretanmaya aku ni..terlalu berhabuk rasanya...Hmm..dengan lafaz bismillah aku cuba menggerakkan jemari ku untuk mencoret serba sedikit di sini.

Alhamdulillah...sekarang aku berada di ofis..menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pekerja awam dan hamba Allah.

Pagi tadi...lepas bersiap, aku terkejut bila keluar dari bilik ..aku tgk Puteri kat depan laptop..Oo Yaa...semalam babah dorg dah pindahkan meja komputer tu ke ruang tamu...panas katanya duduk dlm bilik tu.hmm...apa2 je la bang.janji abg selesa.

Bila Puteri nampak je aku terus dia lari datang peluk aku. "Mama..kakak nak ikut mama.".. Hmm...mmg kalau dia bgn awal itu la ayat dia.Untuk pujuk..aku ajak dia gi kedai.beli sarapan.aku x sempat nak masak td.

Akhirnya aku dan Puteri turun pegi mamak..beli roti canai dan bihun goreng.paling penting..milo ais untuk si adik.hehhe...

Lepas hantar Puteri naik atas dan hidangkan makanan atas meja aku cakap akat puteri, "sayang..mama kena pegi kerja dah ni.sayang dok rumah ye."..Puteri pandang aku.."Hmm..ok la mama.sayang mama." ..puteri bangun dari kerusi dan salam dan dia terus peluk aku kuat-kuat..Hmm..hanya Allah yang tahu betapa sedih nya aku waktu tu.Aku balas pelukan dia,aku cium2 pipi dia. Maafkan mama sayang..bukan mama sengaja untuk tinggalkan kakak dan adik kat rumah.bukan mama rela untuk keluar setiap hari tinggalkan anak2 mama.Tapi ini sebahagian tanggungjawab mama untuk keluarga kita.mama mahukan yang terbaik untuk anak2 mama.mama tak nak anak2 mama hidup susah.

Alhamdulillah,mama sangat bersyukur pada Allah sebab kurniakan mama anak2 yang comel dan sangat menyenangkan hati mama..

Taman Wetland, Putrajaya

Nukilan ~ CariNur on Thursday 10 January 2013

Hallu..hallu..

Walla...hari ni aku minta halfday. Hajat hati nak settle keje kat satu tempat ni.Tapi, bila dah sampai rumah rasa cam penat lak. Tambah lak bila fikir tempat yang nak pegi tu...parking susah.lagi2 dah hampir waktu orang nk balik keje. Confirm jalan jammed.

Dalam penat2 tu...aku leh lak terfikir nak bawa anak gi jejalan.riadah kata orang.So, aku ajak husband aku gi Wetland.Alaa...bukannyer jauh pun dari rumah.

Actually kat Taman Wetland ni ada aktiviti yang boleh dibuat tau.Bukan setakat dok makan angin je.Bagi yang suka memancing...boleh datang ke sini.Ye la...nak gi tengah laut bahaya time tengkujuh skang ni.Ni pun nasib ribut Sunomu tak sampai Malaysia..Ehh...lari tajuk.

Bagi yang nak memancing bayaran dikenakan RM20 untuk satu rod.Had masa tu aku tak pasti la pula.


Salah sorang kaki pancing. Ada ramai lagi kat sebalik batu2 tu
Selain memancing, boleh juga kalau nak berkayak. Sewa pun tak mahal sangat kot. Hari bekerja biasa RM8.00/jam. Pada Sabtu/Ahad dan cuti umum pula RM8.00/30 minit.

Anak2 tengok orang berkayak

Banyak juga kayak yang ada tu
Perut dah berdangdut. Tak pe...apa yang aku suka...kat sini ada cafe.Dan yang paling best adalah....jeng jeng jeng

Mee goreng mamak
Ini lah dia...mee goreng mamak...Sedap..betul aku tak tipu..aku ni kalau bab makan ni cerewet sket.Tapi yang ni memang aku confirm sedap.Makan lak tepi tasik degan angin yang sepoi2 bahasa melayu.ehh..ehh..

Lepas makan...saja round2.tapi tak pergi jauh pun.Dah petang...taman dah tutup.Masa nak jalan ke parking aku nampak ni...


banyaknyer pelampung...

saja je amek gambar ni...
Afham teruja tengok scoot ni.Warna warni kan
Kat sini je aku bawa anak2.Lapang. So diorang boleh lari lari...Dan aku...snap..snap..heheh...husband aku panggil aku photographer tak bertauliah.hahahhah

Sebelah parking je

Si kakak mula mengutip daun dan ranting kayu


Kesian baru nak kenal rumput dan daun kering.hehehhe

test..test...

lagi test..test...santek juga.muahahahha

Putera Afham Akasha

Puteri Antasyah


Bestnyer dia

model cilik...ada bakat tak?

Happy together

No komen

mama sayang kakak dan adik sangat2

ehemm ehemm...auwww



Last possed from kakak...

Seronok diorang dapat lari2...dalam kereta terus lelap...aku pun seronok dapat bawa anak gi jejalan...




Taman Botani,Putrajaya

Nukilan ~ CariNur on Friday 28 December 2012

Hiii, Assalamualaikum..

Hmm..lama betul aku x post pasal trip jalan2 bersama family. Ye laa...xde masa nak mengepost entry.bz sokmo...

Tapi kali ni aku nak post pasal Taman Botani,Putrajaya. Actually...(waa...tetiba kan)..aku n anak2 n suami aku leh menapak ke Taman Botani ni gara2 nak cari tempat leh sewa basikal. So, aku pun menggoogle kan diri aku sekejap.Search punya search...aku Blogwalking kat sini. Baca entry dia n tatap gambar2 yang dia upload...fuhh...wat kan aku teruja sangat nak gi TAman Botani ni.

So,kebetulan hari Rabu lepas aku balik awal...(bukan mengular yer..) aku ajak la husband aku gi sana.Hajat hati nak sewa basikal sekali.Tapi,langkah kiri lak.Pejabat dah tutup.Nak sewa basikal tu time office hour je.so,sampai jam lima je la.Hmm...tapi kami x kisah..Kaki sendiri kan ada.Husband aku kata "kita jogging je la"...heheh

Lepas parked kereta kami pun merentas desa.Xde lak jogging.aku penat laa..anak aku yg boboi tu lak jap2 nak suruh aku dukung.huhh...

Sambil jalan...sambil aku snap..snap..



Tapi x banyak sangat gambar menarik yg aku dapat.almaklumlaa...kamera pun cokia je...Tak pe...husband aku dah janji cuti hujung minggu ni nak pegi lagi..Yahoo...

Dalam banyak2 papan penerangan...ini je yg aku tingin nak snap

Pokok banyak kaki..hahha


Babah gumuk...

Afham...mcm football player x? Neymar

landskap sini mmg cantik

Aikk...ada juga terselit...malu ahh

Dia pun nak juga..tp x sampai.

Puas aku tinjau mn jalan nak nek atas jambatan tu...tp x nampak

Hmm...yg sorang ni x habis2 nak berposing je

yang ni lak keje nya asyik "mama..tuuu"..ntah apa dia tunjuk ntah

Hiyarkk...kan dah kata..posing je kejenye

Lagi pose from kakak


Pengakhiran nya...babah cilok botol isi air masak...dahaga sangat...mama?tgk je...

 

Followers

About Me

My photo
I am a simple person,humble.sukar tuk meluahkan apa yg terpendam di hati.so,aku wat blog ni untuk aku meluahkan or bercerita. Aku Seorang Blogger Newbie