Showing posts with label My Life Style. Show all posts
Showing posts with label My Life Style. Show all posts

Rahsia Surah Al-Kautsar

Nukilan ~ CariNur on Monday, 13 February 2012



Hari ni aku nak berkongsi rahsia surah dari Al-Quran.Hmm...sebenarnya surah ni adalah surah yang selalu sangat aku baca di dalam solat.Dan hari ni aku jumpa khasiat surah ni.Teringin nak share ngan korang semua.

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan 
indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi 
daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan 
ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang 
dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham 
pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan 
bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Hmm...jadi kita dah tau khasiat surah ni.apa salahnya jika kita amalkan.bukan panjang pun.3 ayat je.Jom... 

Cara tangani anak berbohong

Nukilan ~ CariNur on Friday, 10 February 2012



MELIHAT anak-anak sedang membesar pasti berhadapan dengan pelbagai kerenah dan tingkah laku yang menyebabkan kadangkala ibu bapa hilang sabar.Antaranya ialah tabiat suka berbohong.Mungkin ada yang menganggap ia hanya sebahagian daripada proses pembesaran anak-anak tetapi sikap ini sebenarnya harus dikikis sejak usia muda lagi.


Menurut Kaunselor Lembaga Penduduk Pembangunan Keluarga Negara(LPPKN) Melaka, Latifah Md. Yusoh, ibu bapa perlu mengkaji kenapa anak bersikap sedemikian.


Antara sebab mengapa anak-anak mula berbohong:


1)Bagi anak-anak yang berusia dua tahun mereka tidak dapat membezakan realiti dan fantasi, justeru mereka akan berbohong akibat kekeliruan.Pada tahap ini ibu bapa tidak perlu risau kerana itu adalah proses perkembangan mereka.


2)Ada juga yang sanggup berbohong semata-mata mahukan perhatian daripada seseorang.Dalam keadaan ini, anak-anak akan bertindak untuk mereka-reka cerita demi mendapatkan perhatian daripada seseorang. Menghadapi situasi ini ibu bapa perlu bertindak dengan meneliti kesahihan cerita dan jika mendapati anak berbohong pastikan mereka mengubah sikap.


3)Ada juga anak-anak bertindak untuk berbohong semata-mata kerana takutkan hukuman atas perbuatan yang kemungkinan mencetuskan kemarahan ibu bapa mereka.Apabila kali pertama mereka mengaku perbuatan tersebut dan menerima hukuman, anak akan cuba berbohong bagi mengelak hukuman jika mengulangi kesalahan tersebut.Sikap ini akan membingungkan ibu bapa yang mungkin tidak dapat membezakan anak bercakap benar atau sebaliknya , jika dibiarkan anak akan terus berbohong sampai besar.


Jadi...bagaimana kita sebagai ibu bapa hendak menangani masalah ini?


->Menurut kajian, ibu bapa yang mendidik anak dengan konsep menerangkan mengapa berbohong itu tidak baik dan membimbing anak agar mengubah sikap, mendapati kekerapan berbohong berkurangan.


->Ibu bapa disarankan jadikan anak-anak seperti kawan yang boleh berkongsi apa sahaja cerita dan tempat meluahkan rasa tidak puas hati yang terpendam.Dengan cara ini katanya, ia mungkin dapat mengurangkan faktor untuk anak berbohong.






->Sebagai ibu bapa kita boleh menghukum anak-anak dengan tujuan mendidik, namun hukuman itu biarlah munasabah.Jika terlalu kerap menghukum pun lama-kelamaan mereka tidak akan takut dan paling teruk akan terus mengulangi kesilapan tabiat tersebut.


->Seeloknya ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak dan jangan kerap berbuat janji yang tidak dapat ditunaikan.


->Tekankan juga sikap jujur serta berterus terang terhadap anak, malah dalam masa yang sama tanamkan dalam fikiran anak-anak secara perlahan-lahan betapa buruk dan bahayanya berbohong.


->Sebagai ibu bapa,kita harus bersikap terbuka terhadap anak-anak, jangan sampai mereka takut untuk bersuara, oleh itu jadilah pendengar yang setia untuk mendengar apa sahaja luahan mereka.


->Andai tahu anak masih berbohong jangan terus memarahi mereka sebalik gunakanlah psikologi supaya mereka tidak mengulangi perbuatan itu.


->Walau bagaimanapun, pendekatan agama adalah paling penting kerana anak-anak yang diterapkan dengan didikan agama tidak akan membuat perkara yang dimurkai oleh Allah, kerana berbohong adalah perbuatan berdosa.

Cara Menghormati Suami

Nukilan ~ CariNur on Thursday, 2 February 2012

Assalamualaikum...pembuka bicara di waktu petang ni.Hari ni teringin lak aku nak berkongsi tips2 bagaimana nak menghormati suami.Tapibukan setakat untuk isteri2...aku juga akan selitkan cara nak hormati isteri.


Tak adil la kan kalau isteri je nak kena hormat suami.tp bila tiba turn isteri...suami wat tak endah.yang lagi teruk ada yg buat isteri ni mcm orang gaji je.so...aku tak nak la sebelah pihak je...jadi kita berkongsi la cara nak hormat kedua2 nya.


Daripada apa yang telah aku baca dan buat kajian(walau pun x sampai sehari pun kajian aku tu...ahakss)...semua yang aku rungkaikan di bawah nanti juga berdasarkan pengalaman aku dalam rumah tangga sendiri.Semua ni aku search kat internet dan dari buku2 ilmiah yang pegawai aku ni tinggalkan kat ofis.


1.Semasa suami bercakap,hendaklah isteri diam dan mendengarnya.Jangan menyampuk atau memotong cakapnya.
----Semasa isteri bercakap,beri perhatian.pandang muka isteri.mungkin si isteri ada cerita yang nak dikongsi bersama atau masalah yang nak diluahkan.
---->Kebiasaan suami nak isteri dengar ketika dia bercakap tapi bila isteri nak citer apa2...dia wat derk je.adil ke tu?


2.Bila suami berhajatkan sesuatu,segeralah tunaikan.Jangan berlengah2 kerana khuatir akan menimbulkan kemarahan suami.
----Ringankan kerja isteri dirumah. Buat anak sama-sama jadi jaga anak juga sama-sama. Bukan melepaskan tanggung jawab kerja rumah semuanya kepada isteri.
---->Kepada suami isteri yang bekerja,harap2 suami tu faham la keadaan isteri yg juga penat.Jangan la asyik nak menyuruhh je.Setakat nak minum air segelas kan boleh bgn gi ambil sdri.Tp kalau isteri nak pahala lebih rajin2 la sket.

3.Prihatin keadaan suami.sihat ke dia,ada masalah ke,penat ke....rajin2 la urut2 badan suami.mungkin urutan si isteri boleh meredakan diri suami.

---Ambil berat kesihatan isteri.jika isteri sakit segera lah bawa ke klinik.
----->Maaf...ni pandangan aku.selalunya kalau suami sakit,isteri sanggup ambil cuti nak merawat suami.apa suami nak mkn akan disediakan.tp kalau isteri yang sakit jarang sangat suami nak peduli.isteri kata teringin nak mkn bubur pun susah betul nak ditunaikan.bkn mta masak pun...beli bubur McD pun ok dah.Apatah lg nk urut2 badan isteri.

4.Isteri kena la peka dalam kebersihan pakaian suami.Kalau baju suami koyak jahitkan dengan kemas.Baju kerja suami gosok biar kemas dan cantik.
----Sebagai suami haruslah menyediakan pakaian yang elok untuk isteri.sebaiknya yang menutup aurat.selalu la puji isteri jika isteri bersiap.
------>Kebiasaannya suami ni suka sgt biarkan isteri dia gi shopping sendiri.lebih2 lagi kalau isteri yg bekerja.bila isteri beli baju yg ikut trend terkini mula lah si suami nak panas bontot.




Ok...aku ni bukan la ustazah yg serba tahu dalam hal ehwal dan selok belok persoalan rumah tangga ni.Tapi,bagi aku berdasarkan pengalaman,seorang suami tak seharusnya meletakkan 100% tugas menjaga rumah kepada isteri apatah lagi jika isteri itu juga bekerja.Sedarlah bahawa isteri yg bekerja telah banyak membantu suami dalam pendapatan keluarga.


Jangan lah si suami terlalu mencurigai seorang istri hingga melarang dia berkawan.Jika si isteri ada melakukan salah tegur lah dengan baik.cari puncanya.mungkin tanpa si suami sedar sebenarnya dia telah membiarkan isteri mencorakkan kehidupannya sendiri kerana si suami sibuk dengan minat nya sendiri.


Dan ini ada sedikit yang aku copy paste dr internet:


‎6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM

1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang
'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh
dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra
ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA



p/s:seandainya ada kesalahan dalam coretan aku ni minta dimaafkan...mungkin ter emosi seketika.hikhikhik

Novel Pilihan

Nukilan ~ CariNur on Friday, 13 January 2012

Salam Jumaat...hahh???dah jumaat? Yahoo!!!!esok cuti.hehehePagi tadi bila sampai opis,selepas di telek2...xde lak keje yang perlu dilakukan.hmm...bosan la kalau hari2 dtg keje tp xde keje yang boleh di buat. Jeling2 kat rak...haa...ada lagi satu novel yang lom di baca..


Novel pilihan untuk hari ini....
karya "daisy zahra"
Hmm...ops...ops...jangan la tanya aku best ke x...aku pun baru je nak melayari novel ni... but dari sinopsis kat belakang novel ni...citer ni berkisar tentang perkenalan melalu dunia chatting...laahh...tgk la tajuk dia tu...kan ada .COM tu...haa,kan.. So...apa kata biarkan aku dan diriku melayan perasaan jap..
pose dl...kertas2 yg sepah tu saja jenak cover...konon byk keje...



shhh...tgh kusyuk tu...


blh tahan gak citernyer...

serius nyer...jgn kacau...

p/s:lom habis bacala...baru 20 muka surat je ni...nti la aku citer...bye...

Tadika Kemas

Nukilan ~ CariNur on Tuesday, 10 January 2012

Hmm...Assalamualaikum

Hari ni sempat la aku mengemas sket 'rumah' aku ni.kan...heheheh...huhh...banyak btl debu2 ni...

ok...untuk pengetahuan,tajuk yang terpilih di atas adalah kerana anak sulungku dah masuk tadika.hehehhe...ehh ehh...aku lak yang terlebih happy yer. Kiranya ni minggu ke dua puteri gi tadika.aku hantar dia ke tadika kemas kat RTB Bukit Changgang tu. Biar la dia kenal kawan2 sket kan.aku dl pun 3 tahun gak belajar kat tadika.tu yang terlebih genius tu.hahahhaha...

berbaris untuk balik

Erm...cute kan...really like this picture tau.Cuba korang perhatikan gambar tu btl2...perasan tak budak yang baju biru tu pandang belakang?haa...dia tgh pandang puteri la tu.nak tau kenapa...sebabnya puteri tarik getah rambut dia.ahahhaha...mesti puteri geram tgh getah ikat rambut tu ada bunga2.kan....

BIla balik...aku se;au tanya dia.."Hari ni kakak belajar apa kat sekolah?"...nanti dia jawab..."kakak lajar pensil.kakak belajar buku"..xpe la kakak...janji kakak nak gi sekolah.

tak sabar nak balik tu...

Cara mencintai suami

Nukilan ~ CariNur on Friday, 7 October 2011

"SAYA SEDANG DAN AKAN MENCINTAI ORANG YANG SAYA NIKAHI SEHINGGA KE AKHIR HAYAT SAYA..."


wahh...sweet je kan kata-kata tu...aku dpt kata2 tu dr member aku.

dari fb

hmm...dalam rumah tangga ni ada mcm2 ragam.masa bercinta mmg semua indah.tp,bila dah kahwin yang indah tu boleh bertukar jadi mimpi ngeri kalau x kena cara kemudinya.

aku ni bkn la pakar rumah tangga.tp,selama hampir 5 tahun berkahwin,ada la juga sikit pengalaman tu.kalau bab gaduh tu...mmg selalu sgt.alaa...gaduh2 manja kata org.heheh...macam mana yer nak tangani masalah yg hadir dlm rumah tangga?

1) bila suami marah,isteri diam.bila isteri marah,suami diam.
-kalau dua2 sama naik bila nak tamat pertengkaran kan.jd,bl pasangan tgh membebel tu kita dgr je.biar dia luah apa yg terbuku di hati dia.(tp,aku ni klu aku membebel suami diam je...lagi aku hangin.rasa mcm ckp ngan dinding lak)

2)ada ms suami fikir...dia rs dia dah sediakan semuanya.tp isterinya masih marah2.knp?
-mungkin ada sesuatu yg isteri pendamkan tp x dpt diluahkan.jd,apa salahnya klu kita jd pendengar yg setia pd pasangan kita.at least bl dia ada masalah di tempat kerja,dirumah ada yg sudi dengar luahan perasaannya.

3)suami ni wlupun nampak matang,tp masih ada sifat keanak-anakkan.mereka suka dimanja,dibelai.bl ada ms lapang tu,ambil la pemotong kuku ke,losyen ke...tolong potong kuku dia.cari uban dia ke.korek tinga dia ke...hmm...

4)korang rajin memasak?aku ni x rajin sgt.memasak pun x pandai sgt.tp suami ni selalunyer lg suka makan air tangan isteri.masak telur masak kicap pun blh habis tau.(macam suami i le tu.hahaah).jd,rajin2 la search resepi2 best kat internet tu.

5)kalau nak tegur suami tu,biar cara baik.kita mula tegur dia dengan kebaikan dia.then,br ckp apa yg salah dia.
contoh-"abang ni pandai la bergaya.suka ayang tgk.tp,nti bl dah buka bj tu jgn la buang je kat atas lantai ye.tu haa ayang dah sediakan bakul kat belakang pintu."heheheh...

hmm...sebenarnya kan byk lg cara2 nak tambat hati suami ni.tp,macam yg aku ckp la.aku ni bkn pakar.sedangkan aku sendiri pun selalu khilaf.jadi,entry ni ditujukan khas untuk diri aku sendiri.adioss...

Tafsir garisan tapak tangan

Nukilan ~ CariNur on Wednesday, 5 October 2011

Dah lama aku tak update blog ni.jenuh menyapu tadi.nasib la member opis ni dah tapaukan milo ais tuk aku.hehehhe

ups...tgk tajuk entry aku kali ni....hohoho...aku nak jadi nujum plak ke?ehh...mana ada.tadi la...masa aku intai2 blog FORBLOGGER.NET ni...aku ternampak satu iklan kat situ.tetiba je rasa mcam menarik...so,aku klik la.nak tau apa...dia nak tafsirkan maksud garisan2 yang ada kat tapak tangan kita ni.bukan la aku taksub,tp saja suka2.takut gak aku tergelincir dr landasan agama weh.

So,...the result is...jeng..jeng..jeng...



Hmm...aku ni tak pandai nak nyatakan sikap dan sifat aku sendiri..aku bukan nak percaya benda2 macam ni.tp,rasanya tak salah kot kalau aku amek kata2 tu sebagai pembakar semangat dan kritikan untuk diri aku berubah kepada yang lebih baik...Insya allah...semuanya di tangan DIA...kita ni hanya berdoa dan berusaha...

Itu je la nak kongsi...korang mcm mn?suka ke baca ramalan zodiak ke apa ke?komen la...

Demam

Nukilan ~ CariNur on Friday, 19 August 2011

Hari ni aku dtg kerja bawa bersama anak kecil ku Putera Afham Akasha.Tak sampai hati nak tinggal dia.Aku lebih rela bawa dia.Puas hati anak ada depan mata.
mcm ni je la afham skang...

Hmm...kalau kat rumah tu kat mana kita letak,kat situ je la dia.gerak pun sket2 je.mungkin dia x larat sgt kot.badan pun panas.yang aku risau batuk dia tu...teruk sgt dengar.risau sesangat.Sebab tu yang aku sanggup bawa dia ke ofis hr ni.

Semalam masa asyik dok tuam2 kepala dia ngan air sejuk tu,menitis gak air mata aku tgk keadaan dia.ye la...ibu mana tak sedih kalau anak sakit kan.kalau boleh tu nak je aku ganti tempat dia.hai la adik...tak kan la sebab nak "beralih bulan" teruk mcm ni.hmm...sebab asyik dok risaukan dia,asyik dok tuam2 kepala ngan air...habis waktu sahur pun aku tak sedar.tau-tau dah azan.so,tak bersahur la aku hari ni.harap2 tahan.

afham dlm keta sorong...

Tengok la rupa afham tu...tatap lama2 buat aku nak nangis je.pagi tadi masa bagi dia mandi lagi la kesian.dia menangis pas tu nak aku peluk dia je.bila peluk tu...ya allah...panas nya badan dia.Ada member suruh aku bawa gi hospital terus.ye la swasta dah pegi,klinik kerajaan pun dah pegi...tapi x juga hilang batuk dia tu. Jap lagi aku nak ikut member ofis aku keluar.aku nak gi beli madu.orang kata bagus untuk ubat batuk.bagi cair kahak.tak apa lah...selagi ada cara...mama akan cuba semua.yang penting anak mama ni sihat.mama sedih la tgk adik macam ni.dah tak ada dah senyuman kat bibir adik tu...kakak pun dah rindu nak gurau2 ngan adik tau.cepat sembuh ye sayang...

Metrojaya Raya Sale

Nukilan ~ CariNur on Wednesday, 17 August 2011


Seperti tahun lepas Metrojaya ada buat sale untuk Aidilfitri. Lokasi biasa di PICC. Sebelum ni aku tak pernah pun menjebakkan diri dalam jualan ni. Tapi tahun ni teringin lak nak pegi.Saja sekadar nak mencuci mata.


Walaupun aku tinggal di Putrajaya,tapi ni la first time aku menjejakkan kaki ke PICC ni.Selalu tu tgk dari jauh je.hehheh.Hmm...tadi lepas habis urusan di Ibu Pejabat Bomba,aku ngan Anis melencong sekejap ke PICC ni. Bila dah sampai ke tapak jualan tu...hmm...rasa berpinar lak mata.Ye la...jualan tu mula jam 11 pagi. kami sampai jam 11.30.Tapi ramainyer manusia macam dah berjam-jam jualan tu bermula.


BIla dah suku kawasan aku jelajah...aku terasa rugi sangat sebab terlupa bawa kamera. Kalau tak mesti banyak gambar yang dapat aku rakam. Huhh...apa yang aku nampak macam2 ragam ada. Ada tu dah sampai terlopong bersila kat lantai.mungkin penat kot ikut isteri shopping. Budak2 pun ramai. ada tu yang duduk bersandar kat dinding. Sedangkan mak ayah ntah ke mana.tak pe lah dik...rehat kat situ.jangan jalan jauh2.kang jadi kes kehilangan lak.


Dalam dok perhati ragam2 orang membeli-belah tu,sempat juga aku capai baju anak2,baju suami n sesuatu untuk aku.yang bestnya...jumlah semua hanya RM100.wauu...memang berbaloi-baloi.hahahha.


Kiranya memang ok la.sebab harga asal yang seratus lebih tu leh dapat dalam RM41 je. Conferter yang harga asalnya RM800 lbh...selepas diskaun tinggal RM200 lbh.ok kan...hmm...so,sila lah mengunjungi Metrojaya Raya Sale di PICC yang bermula 17/11/2011 sehingga 21/11/2011.Cepat...sebelum terlambat.heheheheh... 

Aku Rindu Mak

Nukilan ~ CariNur on Monday, 8 August 2011



Sambil ditemani lagu2 dr THR Gegar...aku rasa rindu sangat kat mak.Dah macam2 posisi aku cuba...tp tetap tak dapat lelap kan mata.

MAK...aku rindu pada mak.
Sudah lebih setahun dia pergi tinggalkan aku.Aku dah hilang tempat mencurah rasa.aku dah tak ada tempat melepas rindu.

Mak...aku rindu kan mak.
Dulu masa aku kecil dan masih bersekolah...mak yang selalu mengambil tahu segala masalah aku.Tapi bila aku dah bekerja...aku jarang pulang menjenguk mak.Sebelum kahwin aku pernah berjanji pada diri sendiri untuk bawa mak tinggal bersama aku.tp bila aku dah kahwin...jauh pula aku tinggalkan mak.Sebelum punya keluarga sendiri,aku bertekad untuk menjaga mak sampai akhir hayat nya.tp,ketika mak aku sedang sakit aku tak dapat pulang menziarah.Malah...ketika mak menghembuskan nafasnya yang terakhir aku tiada di sisi.Aku tak dapat pun menatap wajahnya buat kali terakhir.Aku tak dapat mencium dahinya buat kali terakhir.Aku tak dapat mengiringi jenazahnya ke tanah perkuburan.Ya Allah...malam ni aku betul2 rindukan arwah mak.Air mata ni sajalah peneman ku.


Mak...aku rindukan mak...
Aku ingat lagi sebulan sebelum mak meninggal.waktu tu aku ada balik kampung.masa nak berangkat pulang ke KL...aku peluk mak.aku cium2 pipi dan dahi dia..Aku tak sangka itu adalah kali terakhir aku dapat berbuat macam tu.Kalau lah aku tahu itu adalah kali terakhir aku dapat cium dan peluk mak...sumpah aku tak akan tinggalkan mak.

MAk...aku rindukan mak...

Mak...ampunkan aku...
Ya Allah...kau tempatkan lah arwah mak bersama orang2 yang beriman.Aminn...
(entry ini di karang pada jam 1.47 minit pagi / 8 ogos 2011)

Kemas rumah???

Nukilan ~ CariNur on Saturday, 6 August 2011

        Posa2 ni cakap pasal kemas umah?huhh...mesti ada yg cakap..."alaa...penat la.kang haus lak"...hmm.....memang la kalau fikir penat tu...rasa nak tido je spi time berbuka nanti. Tadi pun masa berbuka aku start mengemas incit suami dah tanya.."amboi..rajin2 ni puasa ke x ni?" Hehehhe...alaa...x kan la puasa tu bermaksud x perlu buat kerja kan.lagi pun rasa semak dlm kepala tgh sepah2 ni.So,dengan semangat berkobar2 aku pun terus kan usaha ku untuk mengemas rumah hari ni.

aku ke ni?hihihi

  Sambil menyanyi2 lagu raya,aku amek penyapu.Aku hayun ke kiri,hayun ke kanan,dan ke kiri lagi...rasanya ada la lebih dr 50 kali kot dok hayun penyapu tu ke kiri dan ke kanan...siap sudah aku menyapu. Langkah seterusnya kemas dapur. Habis sumer botol2,segala barang2 yg aku rasa kurang berguna aku masukkan dalam plastik sampah hitam yang gedabak besar.(incit suami beli td.heheh). Pastu dek kerana sisa kerajinan tu ada sket lg...aku amek berus sabut       ( xtau la org kl sebut apa)  aku sental2 dinding n lantai kat dapur tu. Tak habis lagi tu...kemudiannya dengan gagah perkasa aku mencapai batang mop...dengan muka agak garang aku arahkan incit suami bw anak2 masuk bilik. Then...apa lagi...tonyoh sana...tonyoh sini...akhirnya siap aku mengemop lantai. Hmm...Puas hati aku.

   Bila dah siap sume aku terus landing atas karpet. "Arghhhh"...leganya.kruk krak kruk krak lak bunyi tulang temulang aku ni. Adoinyerr....baru terasa penat. Datang incit suami dan tolong memicit-micit belakang badan aku. Aii...ni bodek nak buka pose ke bodek nak suh masak sedap2 tuk berbuka kang?hahahha.... Tapi,walaupun terasa penat,namun puas hati tgk lantai yg boleh wat cermin n dapur yg bersih.hmm...br la semangat nak memasak tuk berbuka nanti.

   Misi seterusnya adalah....menaiki Pesawat Google untuk mencari menu best tuk berbuka nanti...adiosss...

Down Sindrom

Nukilan ~ CariNur on Thursday, 4 August 2011


<------------ Rasanya semua tau apa masalah kanak2 ni kan.Ye betul....ini adalah kanak2 down sindrom.


Aku x sempat lagi nak review habis-habisan tentang masalah down sindrom ni.Apa yang aku tau dan sempat baca down sindrom ni disebabkan keterlebihan kromosom.ianya terjadi apabila kromosom yang ke-21 bercabang dan menjadi dua.Keterlebihan ini akan menyebabkan kromosom yang sepatutnya ada 46 menjadi 47.










Antara ciri-ciri pada penderita down sindrom ni adalah  bertubuh pendek, mata sepet, tengkorak lebar dan pendek, lubang hidung besar, lidah besar dengan alur yang khusus, jari pendek dan besar, telapak tangan berkerut, dan lemah ingatan.Ketidaknormalan ini lebih banyak terjadi pada ibu-ibu yang hamil pada usia lebih tua dibandingkan dengan kehamilan pada ibu yang usianya lebih muda. 


Kalau korang nak tau lebih lanjut korang boleh lawat ----> sini <---- 


Erm...tetiba la plak kan aku wat enty tentang Down Sindrom ni. Dah tu rajin lak aku nak wat research pasal ni. Sebab??? Ye...mmg ada sebabnya.Sebenarnya,pagi tadi aku sempat berborak ngan member aku yg skang ni berada di sabah.Dia ada ceritakan tentang masalah anak dia yg baru nak masuk 4 bulan. Dulu ada gak dia citer yang anak dia ni jarang berbunyi even nak dengar bunyi tangisan dia pun susah.Dalam 3 hari br sekali nak berbunyi.tu pun sekejap je.Kalau minum susu lak confirm dia akan muntahkan balik.


Ada gak la aku suggest dia bw g pakar tuk sedut kahak.mana tau kot kahak dia tak dpt nak kuar ke.pas tu lama gak member aku ni menyepi.adala dlm 2 bulan kot.pagi td bila nampak dia online di FaceBook...ceat2 aku sapa dia. Dan aku rasa sebak bila dia ceritakan ttg masalah anak dia ni.Dia kata Doktor suspect anak dia Down Sindrom.mata dan telinga hanya berfungsi 50/50 saja.Aku sedih bila dia kata kadang2 dia hilang sabar dan marahkan anak dia bila asyik muntah2. Dia kata bukan dia sengaja nak marah tp dia risaukan berat badan anak dia tu yg semakin menurun.Lagi sedih bila dia kata keluarga mertua dia pun 50/50 juga terima kehadiran anak dia tu.(huhh...tetiba sebak ni..)


Aku rasa kesian sangat kat member aku ni.dia kata cuti dia pun dah tak banyak.sebab selalu cuti bawa anak dia gi jumpa pakar sana sini selain bawa gi berubat secara tradisional.Aku nak tolong pun tak dapat.setakat tenangkan dia dan bagi semangat kat dia je la.Dalam masa yang sama aku bersyukur sangat2 pada ALLAH S.W.T kerana memberikan zuriat yang sihat dan comel.


Kawan2...kalau la korang ada nasihat atau tahu mana2 tempat yang dapat merawat penyakit ni...plsss....bgtau aku ye.Thanks korang.



Suami Isteri

Nukilan ~ CariNur on Tuesday, 2 August 2011


     Pagi tadi masa tgh drive ke opis,aku dengar sinar.fm.kebetulan pulak pagi tadi diorang jemput Ustaz Dato' Fadzillah Kamsah ke konti.uish..pakar motivasi yg aku kagum tu.tajuk yg dibicarakan berkenaan suami isteri. ramai pemanggil yang call dan meluahkan perasaan yang agaknya dah bertahun terbuku di hati.


    Dalam ramai2 pemanggil tu aku take serius utk dua pemanggil ni.sorang tu pompuan n sorang lagi lelaki.


    Pemanggil yang perempuan ni meluahkan ttg suami dia.dia kata suami dia malas dan langsung tak nak tolong dia buat kerja rumah.jadi lepas balik dari kerja dia akan terus buat kerja rumah,settlekan hal anak2,memasak.anak dia yg paling kecil berusia 11 bulan.bila dia minta tolong suami dia walaupun hanya untuk basuh pinggan...suami dia akan mengelak.hampir menangis pemanggil tu td masa meluahkan perasaan.


   Pemanggil yg sorang ni plak lelaki.dia kata dia rajin tolong isteri dia wat kerja rumah.tp isteri dia ni suka marah2.sedangkan dia tak tau apa salah dia.


   Nak tau apa komen dan pendapat dari Dato'? 
 (utk pemanggil wanita tadi)
-teruskan bersabar.
-sentiasa berdoa agar allah bukakan pintu hati suami untuk membantu
-beberapa petua yg di beri:berdoa ketika menyediakan makanan utk suami,berdoa sambil menyentuh suami ketika suami sedang tidur.


(untuk pemanggil lelaki)
-sentiasa belai isteri
-sentiasa bertanya dengan lembut apa masalah isteri
-ambil tahu masalah isteri


   sebenarnya banyak lagi yg diperbincangkan.tapi aku dah sampai ofis...so,x dapatla aku nak dengar sampai habis.betul2 rasa rugi.tp...setakat apa yang aku sempat dengar tu pun dah byk memberi panduan untuk aku. erm...banyak ni dosa2 aku kat suami aku.Balik keje nanti nak kena minta ampun ni.


surah yang baik untuk di amalkan...

Motosikal Pelik

Nukilan ~ CariNur on Sunday, 31 July 2011

Semasa aku dok belek-belek album gambar di Google Images...banyak gambar2 motosikal yg bereka bentuk agak pelik aku jumpa.Kagum juga aku tengok.Kalau la aku dpt tunggang motosikal pelik mcm tu...mesti semua orang pandang aku kan.hehehhe


Jom kita jamu mata....

huhuu...ada berani?


                 
ermm...nyum..nyum...


ni rekaan terbaru dari bangkok


kalau yg mcm ni confirm ramai lelaki suka...hahahha

ni dah kira 2 dalam 1 dah ni.heheheh


seat mcm ni baru la selesa.


yang ni khas utk kaum hawa.ekekekek

Tapi kan...mcm mana pun rupa motsikal yg ada sekarang ni...hati aku tetap cintakan...
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
l
V

RXz merah+putih..... :)

~Gelagat si Puteri~

Nukilan ~ CariNur on Friday, 29 July 2011

Semalam masa anak pompuan aku tido...aku tatap je muka dia...rasa sayu tetiba.bukannya apa,puteri aku yg sorang ni memang aktif terlebih.suka sangat memanjat,berlari,melompat dan berlari lagi...tengok dia,aku yang penat.boleh di katakan hari2 ada je yang wat aku marah dia.bukannya tak kesian,tp mmg btl2 menguji kesabaran.nak tgk dia diam...tunggu time dia tgk kartun terutama Wonderpets.haa...masa tu mmg dia akan diam je.panggil pun dia wat tak tau je.heheheh...kekadang tu bila dia wat aku marah,pandai lak dia pujuk balik.dia dtg cium pipi,dia peluk.hmmm...


Ayat-ayat yang selalu keluar dari mulut anak aku ni...adalah...nak gi kedai..nak men..nak ikut...nak cucu...nak tengok katun...sume nyer NAK...hmm...Kalau nak tau,puteri kesayangan aku ni suka sangat berlakon,menyanyi...dan menari.lagi satu yang dia suka bila nak ambil gambar.fuhh...kemain lagi dia beraksi...ce tengok...aksi2 puteri aku ni...


konon2 marah le tu...


mau gaduh kaa??...

try to be a model...

pose...hhehhe

comel x saya?...

berlagak matang...




with babah...

anak n abah sama je suka beraksi...

shh...jgn kaco...

ehemm...ehemm...

muka cute le konon...

grrr....

haii... :)

ermm...

cantik x saya?...

Ini la antara gambar2 puteri aku yg dapat aku post.banyak lg...klu masuk sume kang jd album gambar plak.hehehheheh...ermm...rindu la plak kat dia.

 

Followers

About Me

My photo
I am a simple person,humble.sukar tuk meluahkan apa yg terpendam di hati.so,aku wat blog ni untuk aku meluahkan or bercerita. Aku Seorang Blogger Newbie

Category