Pagi tadi masa tgh drive ke opis,aku dengar sinar.fm.kebetulan pulak pagi tadi diorang jemput Ustaz Dato' Fadzillah Kamsah ke konti.uish..pakar motivasi yg aku kagum tu.tajuk yg dibicarakan berkenaan suami isteri. ramai pemanggil yang call dan meluahkan perasaan yang agaknya dah bertahun terbuku di hati.
Dalam ramai2 pemanggil tu aku take serius utk dua pemanggil ni.sorang tu pompuan n sorang lagi lelaki.
Pemanggil yang perempuan ni meluahkan ttg suami dia.dia kata suami dia malas dan langsung tak nak tolong dia buat kerja rumah.jadi lepas balik dari kerja dia akan terus buat kerja rumah,settlekan hal anak2,memasak.anak dia yg paling kecil berusia 11 bulan.bila dia minta tolong suami dia walaupun hanya untuk basuh pinggan...suami dia akan mengelak.hampir menangis pemanggil tu td masa meluahkan perasaan.
Pemanggil yg sorang ni plak lelaki.dia kata dia rajin tolong isteri dia wat kerja rumah.tp isteri dia ni suka marah2.sedangkan dia tak tau apa salah dia.
Nak tau apa komen dan pendapat dari Dato'?
(utk pemanggil wanita tadi)
-teruskan bersabar.
-sentiasa berdoa agar allah bukakan pintu hati suami untuk membantu
-beberapa petua yg di beri:berdoa ketika menyediakan makanan utk suami,berdoa sambil menyentuh suami ketika suami sedang tidur.
(untuk pemanggil lelaki)
-sentiasa belai isteri
-sentiasa bertanya dengan lembut apa masalah isteri
-ambil tahu masalah isteri
sebenarnya banyak lagi yg diperbincangkan.tapi aku dah sampai ofis...so,x dapatla aku nak dengar sampai habis.betul2 rasa rugi.tp...setakat apa yang aku sempat dengar tu pun dah byk memberi panduan untuk aku. erm...banyak ni dosa2 aku kat suami aku.Balik keje nanti nak kena minta ampun ni.
surah yang baik untuk di amalkan...