Down Sindrom

Nukilan ~ CariNur on Thursday, 4 August 2011


<------------ Rasanya semua tau apa masalah kanak2 ni kan.Ye betul....ini adalah kanak2 down sindrom.


Aku x sempat lagi nak review habis-habisan tentang masalah down sindrom ni.Apa yang aku tau dan sempat baca down sindrom ni disebabkan keterlebihan kromosom.ianya terjadi apabila kromosom yang ke-21 bercabang dan menjadi dua.Keterlebihan ini akan menyebabkan kromosom yang sepatutnya ada 46 menjadi 47.










Antara ciri-ciri pada penderita down sindrom ni adalah  bertubuh pendek, mata sepet, tengkorak lebar dan pendek, lubang hidung besar, lidah besar dengan alur yang khusus, jari pendek dan besar, telapak tangan berkerut, dan lemah ingatan.Ketidaknormalan ini lebih banyak terjadi pada ibu-ibu yang hamil pada usia lebih tua dibandingkan dengan kehamilan pada ibu yang usianya lebih muda. 


Kalau korang nak tau lebih lanjut korang boleh lawat ----> sini <---- 


Erm...tetiba la plak kan aku wat enty tentang Down Sindrom ni. Dah tu rajin lak aku nak wat research pasal ni. Sebab??? Ye...mmg ada sebabnya.Sebenarnya,pagi tadi aku sempat berborak ngan member aku yg skang ni berada di sabah.Dia ada ceritakan tentang masalah anak dia yg baru nak masuk 4 bulan. Dulu ada gak dia citer yang anak dia ni jarang berbunyi even nak dengar bunyi tangisan dia pun susah.Dalam 3 hari br sekali nak berbunyi.tu pun sekejap je.Kalau minum susu lak confirm dia akan muntahkan balik.


Ada gak la aku suggest dia bw g pakar tuk sedut kahak.mana tau kot kahak dia tak dpt nak kuar ke.pas tu lama gak member aku ni menyepi.adala dlm 2 bulan kot.pagi td bila nampak dia online di FaceBook...ceat2 aku sapa dia. Dan aku rasa sebak bila dia ceritakan ttg masalah anak dia ni.Dia kata Doktor suspect anak dia Down Sindrom.mata dan telinga hanya berfungsi 50/50 saja.Aku sedih bila dia kata kadang2 dia hilang sabar dan marahkan anak dia bila asyik muntah2. Dia kata bukan dia sengaja nak marah tp dia risaukan berat badan anak dia tu yg semakin menurun.Lagi sedih bila dia kata keluarga mertua dia pun 50/50 juga terima kehadiran anak dia tu.(huhh...tetiba sebak ni..)


Aku rasa kesian sangat kat member aku ni.dia kata cuti dia pun dah tak banyak.sebab selalu cuti bawa anak dia gi jumpa pakar sana sini selain bawa gi berubat secara tradisional.Aku nak tolong pun tak dapat.setakat tenangkan dia dan bagi semangat kat dia je la.Dalam masa yang sama aku bersyukur sangat2 pada ALLAH S.W.T kerana memberikan zuriat yang sihat dan comel.


Kawan2...kalau la korang ada nasihat atau tahu mana2 tempat yang dapat merawat penyakit ni...plsss....bgtau aku ye.Thanks korang.



 

Followers

About Me

My photo
I am a simple person,humble.sukar tuk meluahkan apa yg terpendam di hati.so,aku wat blog ni untuk aku meluahkan or bercerita. Aku Seorang Blogger Newbie