Cara Menghormati Suami

Nukilan ~ CariNur on Thursday 2 February 2012

Assalamualaikum...pembuka bicara di waktu petang ni.Hari ni teringin lak aku nak berkongsi tips2 bagaimana nak menghormati suami.Tapibukan setakat untuk isteri2...aku juga akan selitkan cara nak hormati isteri.


Tak adil la kan kalau isteri je nak kena hormat suami.tp bila tiba turn isteri...suami wat tak endah.yang lagi teruk ada yg buat isteri ni mcm orang gaji je.so...aku tak nak la sebelah pihak je...jadi kita berkongsi la cara nak hormat kedua2 nya.


Daripada apa yang telah aku baca dan buat kajian(walau pun x sampai sehari pun kajian aku tu...ahakss)...semua yang aku rungkaikan di bawah nanti juga berdasarkan pengalaman aku dalam rumah tangga sendiri.Semua ni aku search kat internet dan dari buku2 ilmiah yang pegawai aku ni tinggalkan kat ofis.


1.Semasa suami bercakap,hendaklah isteri diam dan mendengarnya.Jangan menyampuk atau memotong cakapnya.
----Semasa isteri bercakap,beri perhatian.pandang muka isteri.mungkin si isteri ada cerita yang nak dikongsi bersama atau masalah yang nak diluahkan.
---->Kebiasaan suami nak isteri dengar ketika dia bercakap tapi bila isteri nak citer apa2...dia wat derk je.adil ke tu?


2.Bila suami berhajatkan sesuatu,segeralah tunaikan.Jangan berlengah2 kerana khuatir akan menimbulkan kemarahan suami.
----Ringankan kerja isteri dirumah. Buat anak sama-sama jadi jaga anak juga sama-sama. Bukan melepaskan tanggung jawab kerja rumah semuanya kepada isteri.
---->Kepada suami isteri yang bekerja,harap2 suami tu faham la keadaan isteri yg juga penat.Jangan la asyik nak menyuruhh je.Setakat nak minum air segelas kan boleh bgn gi ambil sdri.Tp kalau isteri nak pahala lebih rajin2 la sket.

3.Prihatin keadaan suami.sihat ke dia,ada masalah ke,penat ke....rajin2 la urut2 badan suami.mungkin urutan si isteri boleh meredakan diri suami.

---Ambil berat kesihatan isteri.jika isteri sakit segera lah bawa ke klinik.
----->Maaf...ni pandangan aku.selalunya kalau suami sakit,isteri sanggup ambil cuti nak merawat suami.apa suami nak mkn akan disediakan.tp kalau isteri yang sakit jarang sangat suami nak peduli.isteri kata teringin nak mkn bubur pun susah betul nak ditunaikan.bkn mta masak pun...beli bubur McD pun ok dah.Apatah lg nk urut2 badan isteri.

4.Isteri kena la peka dalam kebersihan pakaian suami.Kalau baju suami koyak jahitkan dengan kemas.Baju kerja suami gosok biar kemas dan cantik.
----Sebagai suami haruslah menyediakan pakaian yang elok untuk isteri.sebaiknya yang menutup aurat.selalu la puji isteri jika isteri bersiap.
------>Kebiasaannya suami ni suka sgt biarkan isteri dia gi shopping sendiri.lebih2 lagi kalau isteri yg bekerja.bila isteri beli baju yg ikut trend terkini mula lah si suami nak panas bontot.




Ok...aku ni bukan la ustazah yg serba tahu dalam hal ehwal dan selok belok persoalan rumah tangga ni.Tapi,bagi aku berdasarkan pengalaman,seorang suami tak seharusnya meletakkan 100% tugas menjaga rumah kepada isteri apatah lagi jika isteri itu juga bekerja.Sedarlah bahawa isteri yg bekerja telah banyak membantu suami dalam pendapatan keluarga.


Jangan lah si suami terlalu mencurigai seorang istri hingga melarang dia berkawan.Jika si isteri ada melakukan salah tegur lah dengan baik.cari puncanya.mungkin tanpa si suami sedar sebenarnya dia telah membiarkan isteri mencorakkan kehidupannya sendiri kerana si suami sibuk dengan minat nya sendiri.


Dan ini ada sedikit yang aku copy paste dr internet:


‎6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM

1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang
'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh
dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra
ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA



p/s:seandainya ada kesalahan dalam coretan aku ni minta dimaafkan...mungkin ter emosi seketika.hikhikhik
 

Followers

About Me

My photo
I am a simple person,humble.sukar tuk meluahkan apa yg terpendam di hati.so,aku wat blog ni untuk aku meluahkan or bercerita. Aku Seorang Blogger Newbie