Cara tangani anak berbohong

Nukilan ~ CariNur on Friday 10 February 2012



MELIHAT anak-anak sedang membesar pasti berhadapan dengan pelbagai kerenah dan tingkah laku yang menyebabkan kadangkala ibu bapa hilang sabar.Antaranya ialah tabiat suka berbohong.Mungkin ada yang menganggap ia hanya sebahagian daripada proses pembesaran anak-anak tetapi sikap ini sebenarnya harus dikikis sejak usia muda lagi.


Menurut Kaunselor Lembaga Penduduk Pembangunan Keluarga Negara(LPPKN) Melaka, Latifah Md. Yusoh, ibu bapa perlu mengkaji kenapa anak bersikap sedemikian.


Antara sebab mengapa anak-anak mula berbohong:


1)Bagi anak-anak yang berusia dua tahun mereka tidak dapat membezakan realiti dan fantasi, justeru mereka akan berbohong akibat kekeliruan.Pada tahap ini ibu bapa tidak perlu risau kerana itu adalah proses perkembangan mereka.


2)Ada juga yang sanggup berbohong semata-mata mahukan perhatian daripada seseorang.Dalam keadaan ini, anak-anak akan bertindak untuk mereka-reka cerita demi mendapatkan perhatian daripada seseorang. Menghadapi situasi ini ibu bapa perlu bertindak dengan meneliti kesahihan cerita dan jika mendapati anak berbohong pastikan mereka mengubah sikap.


3)Ada juga anak-anak bertindak untuk berbohong semata-mata kerana takutkan hukuman atas perbuatan yang kemungkinan mencetuskan kemarahan ibu bapa mereka.Apabila kali pertama mereka mengaku perbuatan tersebut dan menerima hukuman, anak akan cuba berbohong bagi mengelak hukuman jika mengulangi kesalahan tersebut.Sikap ini akan membingungkan ibu bapa yang mungkin tidak dapat membezakan anak bercakap benar atau sebaliknya , jika dibiarkan anak akan terus berbohong sampai besar.


Jadi...bagaimana kita sebagai ibu bapa hendak menangani masalah ini?


->Menurut kajian, ibu bapa yang mendidik anak dengan konsep menerangkan mengapa berbohong itu tidak baik dan membimbing anak agar mengubah sikap, mendapati kekerapan berbohong berkurangan.


->Ibu bapa disarankan jadikan anak-anak seperti kawan yang boleh berkongsi apa sahaja cerita dan tempat meluahkan rasa tidak puas hati yang terpendam.Dengan cara ini katanya, ia mungkin dapat mengurangkan faktor untuk anak berbohong.






->Sebagai ibu bapa kita boleh menghukum anak-anak dengan tujuan mendidik, namun hukuman itu biarlah munasabah.Jika terlalu kerap menghukum pun lama-kelamaan mereka tidak akan takut dan paling teruk akan terus mengulangi kesilapan tabiat tersebut.


->Seeloknya ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak dan jangan kerap berbuat janji yang tidak dapat ditunaikan.


->Tekankan juga sikap jujur serta berterus terang terhadap anak, malah dalam masa yang sama tanamkan dalam fikiran anak-anak secara perlahan-lahan betapa buruk dan bahayanya berbohong.


->Sebagai ibu bapa,kita harus bersikap terbuka terhadap anak-anak, jangan sampai mereka takut untuk bersuara, oleh itu jadilah pendengar yang setia untuk mendengar apa sahaja luahan mereka.


->Andai tahu anak masih berbohong jangan terus memarahi mereka sebalik gunakanlah psikologi supaya mereka tidak mengulangi perbuatan itu.


->Walau bagaimanapun, pendekatan agama adalah paling penting kerana anak-anak yang diterapkan dengan didikan agama tidak akan membuat perkara yang dimurkai oleh Allah, kerana berbohong adalah perbuatan berdosa.

 

Followers

About Me

My photo
I am a simple person,humble.sukar tuk meluahkan apa yg terpendam di hati.so,aku wat blog ni untuk aku meluahkan or bercerita. Aku Seorang Blogger Newbie