Siti Nur Fatihah Buat Laporan Palsu Dakwa Dirogol

Nukilan ~ CariNur on Monday 26 March 2012

Siti Nur Fatihah dakwa dirogol???Mesti ramai yang ingat kes culik Siti Nur Fatihah Mahadi tempoh hari. Yang paling menyakitkan hati adegan penculikan itu adalah rancangan yang telah diatur bersama teman lelakinya. Sekarang ini pula Siti Nur Fatihah Mahadi mendakwa yang dirinya kena rogol.



Tindakan tegas akan dikenakan kepada remaja, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, yang membuat laporan polis dirinya dirogol sedangkan pemeriksaan mendapati tiada kesan diperlakukan demikian.


Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman berkata, pemeriksaan doktor di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, mendapati tiada kesan boleh mengaitkan remaja berkenaan dirogol.


Menurutnya, pemeriksaan mendapati tiada kesan koyak atau cedera pada kemaluan remaja terbabit yang sebelum ini dilaporkan hilang.


Katanya, pihaknya tidak pasti tujuan utama remaja itu membuat laporan polis dia dirogol teman lelakinya tiga hari lalu sedangkan kejadian itu tidak berlaku.


Siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengenal pasti tujuan sebenar remaja itu berbuat demikian selepas dia dikesan berada di rumah teman lelakinya yang berusia 26 tahun di Kampung Merchong, dekat sini.
 

Followers

About Me

My photo
I am a simple person,humble.sukar tuk meluahkan apa yg terpendam di hati.so,aku wat blog ni untuk aku meluahkan or bercerita. Aku Seorang Blogger Newbie