Assalamualaikum.
Lama tak meninjau "rumah" aku yang satu ni.Bukan la lupa,tapi masa tak mengizinkan aku kerap menjenguk di sini. Tiba-tiba hari ni terdetik nak mencoretkan sesuatu di sini.
Alhamdulillah...hari ni dah masuk hari ke 16 kita umat Islam berpuasa. Tak lama lagi menjelma la pulak hari raya kan. Kakak dah mula bertanyakan pasal baju raya. Nasib yang adik tu belum faham sangat lagi.kalau tak...jenuh mama.
Eh..melalut pulak..Sebenarnya tadi,masa dok scroll news feed FB tu..tetiba mata ni menyinggah kat satu post. dalam post tu ada 2 keping gambar yang menunjukkan seorang wanita berkepala botak sedang menyusukan anaknya yang baru dilahirkan.Tertarik dengan gambar2 itu lah aku mula membaca coretan kisahnya pulak. Rupanya wanita itu telah disahkan menghidap kanser payu dara tahap 3. Sebelah buah dadanya telah pun di buang.Tapi dia beruntung kerana mempunyai sebelah lagi untuk menyusukan bayinya yang baru lahir itu.
SubhanAllah...besar kuasa Mu Ya Allah. Gambar kedua itu yang membuat kan aku menitiskan air mata. Gambar wanita itu menyusukan bayinya sambil sebelah tangannya menutup matanya.Ya...dia menangis.
Ya...aku faham perasaannya.Aku pernah merasainya. Aku merasainya ketika aku selamat melahirkan bayi2 ku suatu ketika dulu.
Bayangkan lah...betapa kuatnya seorang wanita itu..setelah beberapa jam berperang dengan kesakitan yang hanya Allah saja yang mengetahui,namun setelah selamat melahirkan bayinya...dia masih boleh tersenyum dan menyusukan anaknya. Betapa hebatnya wanita itu,kerana dengan air susunya saja dia dapat mendiamkan tangisan si anak yang masih merah dan berdarah itu. SubhanAllah...Ya Allah,betapa kau memberi kemuliaan pada wanita-wanita di dunia ini.
Semua tu aku dah alami.Alhamdulillah,Allah berikan aku rezeki untuk mengandung,merasai bagaimana teruknya morning sickness,merasai bagaimana beratnya membawa perut yang besar.Jalan terkengkang kengkang.Hahahah...Tapi aku tak pernah menyesal dan serik..Bagi aku,kalau orang tanya apa pengalaman paling manis dalam hidup aku...itulah jawapannya.Pengalaman mengandung dan melahirkan.
Maaf...bagi wanita2 yang belum punya rezeki untuk rasai semua itu,jangan lah bersedih...percayalah...aturan Allah itu sangat cantik.Mungkin dia tak berikan kita Anak, tapi dia berikan kita suami yang cukup penyayang dan memahami.