~Dunia Fantasia~

Nukilan ~ CariNur on Saturday, 9 July 2011


Enchanted...korang pernah nonton x movie ni?sebenarnya aku br je hbs layan cite ni kat TV2 td...memula tu aku ingatkan cite kartun sbb beginning nye kartun.anak aku c pu3 pun apa lg...amek tempat dpn tv la dia bl nampak kartun.ada burung2,ada tupai,ada kuda...ada gadis cantik dan ada putera.
Movie ni berkisar tentang seorang gadis yang mengimpikan ciuman cinta sejati...dari dunia kartun akhirnya gadis tu(Giselle) tercampak ke dunia realiti bila ibu tiri putera edward menolak Giselle ke dalam perigi puaka. masa di dunia realiti Giselle telah bertemu dgn Robert n anak pompuannya Morgan.bagi aku perjalanan cerita ni menarik.buatkan aku tertungu kesudahan walaupun aku dh dpt agak endingnya mcm mn.
selepas habis layan cite ni kan...aku terfikir sesuatu.Dalam cite Enchanted ni...pada awalnya Giselle nak berkahwin dgn Putera Edward kerana dia fikir dia dah bertemu cinta sejatinya.masa Giselle tgl bersama Robert n anaknya...dia selalu meyakinkan Robert yg Putera Edward akan dtg mencari dia dan mereka akan berkahwin.Dan harapan Giselle tu menjadi kenyataan bila Putera Edward betul2 dtg mencari dia.


satu hari tu...Giselle dan Putera Edward hadir dalam satu majlis tari menari.kebetulan Robert pun ada dgn Nancy teman wanita dia.Bila pengacara majlis tu umumkan yg diorang ni kena menari dgn pasangan org lain(tukar pasangan la)...Giselle menari dgn Robert.masa tu Giselle br sedar yg dia dah jatuh hati kat Robert.pastu muncul lak pompuan sihir (ibu tiri Putera Edward).dia bg Giselle mkn epal beracun.bila mkn je Giselle trs pengsan.apa lagi...kalut la putera edward n robert.tgh diorang dok kalut2 ikhtiar tu,robert teringat ttg ciuman cinta sejati.so,putera edward tanpa berlengah trs mencium Giselle.tp malangnya...xde kesan.n lps tu robert lak cuba nasib....dan...Giselle pun sedar.
Itu la yg buat aku terfikir.kan best klu kita dpt tentukan pasangan kita melalui ciuman cinta sejati...ye la...kita bercinta dgn seseorang.kita mengharapkan cinta kita dgn pasangan kita tu berkesudahan bahagia.tp yakin ke kita itu cinta kita yg sejati.x pernah kan kita terfikir seandainya "Ciuman Cinta Sejati" kita tu adalah milik org lain.hmm...Jodoh tu kan di tangan Allah...so...aku harap suami aku ni adalah "ciuman cinta sejati" aku... ;-)


 

Followers

About Me

My photo
I am a simple person,humble.sukar tuk meluahkan apa yg terpendam di hati.so,aku wat blog ni untuk aku meluahkan or bercerita. Aku Seorang Blogger Newbie