Aku Anak Malaysia Mereka | Review

Nukilan ~ CariNur on Wednesday, 14 September 2011

Aku Anak Malaysia Merdeka

Aku Anak Malaysia Merdeka !! woow... ketika pertama kali dengar slogan itu, dalam suatu entri pengumuman contest seo memang telah ku renungi sedalamnya, adakah patut di sertai atau tidak? Meriah juga ramai senior yang mempertandingkan slogan aku anak malaysia merdeka itu kini.

Aku Anak Malaysia Merdeka !! adalah kata kunci yang harus dijadikan tajuk entri penyertaan yang harus di huraikan mengikut gaya sendiri bagi memenuhi kriteria google untuk menentukan kedudukan SERP kelak. Setelah memantau kedudukan SERP yang asyik berubah aku menjadi penat untuk cuba bertahan dengan blogspot pr1 ini, lebih kesian suami ku sebab dia kembali ke pr0 selepas tukar domain.

Jom semua rakanku kita mula hayati erti sebuah perjuangan lampau yang bergitu besar hingga kini kita boleh memupuk kalimah "aku anak malaysia merdeka" di dalam sanubari patriotik. Jangan hanya melaungkan aku anak malaysia !! sedang tidak pernah mengenang juga ambil tahu tentang liku-liku perjuangan mereka sebelum merdeka..!! perjuangan itu harus sentiasa di kekalkan.

Aku Anak Malaysia Merdeka !! Slogan yang cukup sesuai untuk aku dan anak muda malaysia kini yang mungkin juga terdiri dari diri saya sendiri yang terkadang belum berjiwa merdeka jika di lihat dari pelbagai sudut. Mungkin ya tanah air kita telah benar-benar bebas dari perintah luar. Namun bagaimana dengan pemikiran ? Segelintir anak muda masih di jajah dari segi pemikiran yang boleh di lihat dari pemakaian, penyampaian, aktiviti sosial atau pemakanan yang masih berunsur pengaruh barat. Sesungguhnya satu golongan itu tidak pernah berhenti mahu menakluk agama, bangsa, minda dan tanah air kita. Sekiranya bukan secara terangan pasti secara halus.

Baiklah aku simpulkan, biarlah kita sama-sama menyelami pengakuan Anak Malaysia!! Merdeka!! Sungguh ke merdeka?

Catatan:

  • Hanya untuk blogger yang mempunyai blog menggunakan bahasa malaysia.
  • Penganjur berhak pinda mana-mana fasa content bila-bila masa tanpa memaklumkan pada peserta.
  • Tarikh tutup penyertaan contest aku anak malaysia merdeka pada 16 September.
  • Terbuka kepada warganegara juga anak Malaysia sahaja.
  • Wajib letak banner disediakan penganjur di dalam entri penyertaan.
  • Mesti ada akaun bank untuk bayaran
  • Penganjur menyeru peserta rekomenkan rakan lain untuk sama turut serta.
  • Pengadilan berdasarkan pemeriksaan SERP google.com.my.
  • Buat entri yang bertajuk ( Aku Anak Malaysia Merdeka ).
 

Followers

About Me

My photo
I am a simple person,humble.sukar tuk meluahkan apa yg terpendam di hati.so,aku wat blog ni untuk aku meluahkan or bercerita. Aku Seorang Blogger Newbie